Posts

Showing posts from May, 2018

Konsep 3R

Image
KONSEP 3R 3R memperkenalkan konsep reuse (guna semula), reduce (mengurangkan pembaziran),  dan recycle (kitar semula) Reuse (Guna Semula) Guna semula adalah menggunakan semula barang-barang yang telah dipakai bagi tujuan yang lain. Cth: menggunakan tayar lama sebagai pasu.  Reduce (Mengurangkan) Mengurangkan adalah dimana penggunaan bahan-bahan yang tidak boleh diproses seperti plastik dikurangkan. Cth: kerajaan telah mengurangkan penggunaan plastik dengan memperkenalkan beg 3R sebagai ganti penggunaan plastik sewaktu pembelian barang. Recycle (Kitar Semula) Kitar semula adalah proses pengolahan barangan terpakai atau barangan terbuang. Dengan ini, bahan buangan dapt dikurangkan dan keselamatan alam sekitar lebih terjaga. 

Laporan Pertandingan

Image
Pertandingan Kitar Semula                                                          PERTANDINGAN KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH FRASER & NEAVE HOLDINGS BHD (FNHB) & MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP) 2018 ANJURAN: Fraser & Neave Holdings Bhd & Majlis Perbandaran Seberang Perai Dengan Kerjasama Pejabat Pelajaran Pulau Pinang Keluaran Urusetia Local Action 21 (LA21) Majlis Perbandaran Seberang Perai 1. LATAR BELAKANG  1.1 Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) & Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2018 dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang (JPNPP). Pertandingan merupakan salah satu daripada projek komuniti FNHB untuk tahun 2018. 1.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah kerajaan dan swasta di bawah kawasan pentadbiran MPSP. Kempen akan dilangsungkan selama 9 bulan bermula 1hb Jan 2018 dan berakhir pada 30hb September 2018 . 2. OBJEKTIF PERTANDINGAN  2.1 Meningkatk

Berita

Image
BERITA MENGENAI KITAR SEMULA Petikan dari : Berita Harian (BH) Online : Malaysia masih ketinggalan dalam amalan kitar semula HANYA 17.39 peratus rakyat jadikan amalan kitar semula walaupun pelbagai kempen dianjur, peraturan digubal. - Foto hiasan KUALA LUMPUR: Pelbagai kempen sudah digerakkan oleh kerajaan dan swasta, namun kesedaran untuk kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum memuaskan sedangkan manfaatnya amat besar untuk kehidupan. Amalan itu amat penting untuk melindung alam sekitar daripada pencemaran yang semakin memberi kesan kepada kesihatan dunia dan boleh menjejaskan masa depan manusia, tapi proses berkenaan jarang dititikberatkan oleh orang ramai. Masih boleh dilihat sebahagian besar rakyat mengambil mudah kitar semula yang mampu menjimatkan sumber, menghalang pencemaran dan menyumbang kepada kesihatan awam. Tidak ramai yang sedar kitar semula juga mewujudkan peluang pekerjaan serta dapat menjana pendapatan sampingan dengan

Aktiviti Kitar Semula

Image
AKTIVITI KITAR SEMULA 1. Menubuhkan kempen kitar semula di sekolah Pada setiap hari rabu, murid-murid digalakkan untuk membawa barangan kitar semula dari rumah seperti suratkhabar lama, kertas-kertas terpakai, botol plastik untuk dikumpulkan di sekolah bagi menyertai kempen kitar semula. Pada setiap minggu, bahan-bahan akan ditimbang dan dikira. pada hujung bulan, murid-murid yang menyertai program kitar semula akan diberikan hadiah dan pemenang merupakan murid yang membawa bahan-bahan kitar semula yang banyak. 2. Kempen Kitar Semula di Tempat Kerja Kempen dan pameran berkaitan kitar semula diadakan ditempat kerja. Para pekerja dijemput mendengar ceramah dan perbahasan mengenai kitar semula dan kebaikannya. 

Bahan - Bahan Kitar Semula

Image
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA Terdapat 3 jenis kategori bahan-bahan untuk kitar semula Tong Biru : Kertas Semua kertas berwarna dan tidak berwarna  Termasuk : akhbar, majalah, buku, healian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak kadboard Tidak termasuk : kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik, kertas yang kotor Tong Coklat : Kaca Semua kaca yang berwarna dan tidak berwarna Termasuk :  botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, botol kosmetik Tidak termasuk : kristal cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, botol bahan toksik Tong Oren :  Tin aluminium, tin keluli, plastik Semua jenis aluminium dan tin keluli. Plastik yang berwarna dan tidak berwarna Termasuk : tin minuman ringan, bekas makanan,  beg plastik membeli belah, botol minuman, bekas makanan,  Tidak termasuk : bekas cat, bekas peralatan