Bahan - Bahan Kitar Semula
BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA
Terdapat 3 jenis kategori bahan-bahan untuk kitar semula
Tong Biru : Kertas
Semua kertas berwarna dan tidak berwarna
Termasuk : akhbar, majalah, buku, healian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat, kotak kadboard
Tidak termasuk : kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik, kertas yang kotor
Tong Coklat : Kaca
Semua kaca yang berwarna dan tidak berwarna
Termasuk : botol minuman ringan, balang makanan, botol vitamin, botol kosmetik
Tidak termasuk : kristal cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, logam, peralatan makmal, botol bahan toksik
Tong Oren : Tin aluminium, tin keluli, plastik
Semua jenis aluminium dan tin keluli. Plastik yang berwarna dan tidak berwarna
Termasuk : tin minuman ringan, bekas makanan, beg plastik membeli belah, botol minuman, bekas makanan,
Tidak termasuk : bekas cat, bekas peralatan toksik, peralatan makmal
Comments
Post a Comment